fakirabdillah

Guestbook

Salam saudara pembaca yang dihormati


Silalah catatkan komen anda atau apa saja dalam laman guestbook ini


Terimakasih,


Omar Abdullah

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

21 Comments

Reply abdi
3:58 AM on November 9, 2012 
salaamun qaulamir rabbir rahim. syahadat itulah awaluddin. rukun islam itulah petunjuk jalan pulang. inna lillahi wa inna ilaihi raji'un sebenar, bukan setakat kalimat. wassalaam.
Reply zilalallah
12:59 PM on May 13, 2012 

Tak sangka baik2 kamu, masih terlekat nafsu amarah diri. Takut kepada kebenaran berani kpd kemungkaran.  Keadilan dan kebenaran pasti akan diketahui nanti dari Allah siapa sebenarnya yg benar. Buat apa mengajak orang kpd kebaikan, dir sendiri masih belum baik. Betul ke yg kamu jalan ini diredoi Allah dgn sifat2 yg jelek masih ada dalam diri. Diri tak suci tak sudi Zat Yang Maha Suci.

Reply Nor Aini
9:53 AM on December 15, 2011 

salam persaudaraan.

saya mendengar tuan tahu akan ilmu mengenal diri. Saya tertarik ingin belajar untuk bekalan jalan pulang. Apakah syarat untuk saya menjadi murid tuan.

wassalam

Reply Abd Rahman bin Rahim
9:41 AM on July 23, 2011 

salam tuan, semoga Allah swt memberikan kesihatan dan kelapangan pada diri tuan dan sekeluarga. Saya berminat pada blog tuan (fakirabdillah.blogspot.com) terutama pada bab bismillah. Sedang asyik membaca dan memahamkan saya dapati tulisan tuan terputus pada bahagian akhir. Barangkali atas sebab kebaikan. Jika tiada menjadi keberatan tuan, bolehkah tuan email pada saya bahagian akhir yg menyentuh alif dan mim dan bismillah? saya dahului ucapan terima kasih atas jasa baik tuan. wassalam.

Reply Du
11:28 PM on January 21, 2011 

salam,,


saya tidak dapat menyatakan kaedahnya di sini, kerana takut salah pemahaman,, kerana kalau dilaksanakan dengan pemahaman yang salah sudah pasti mendatangkan mudarat,,


wassalam

Reply alfakirabdillah algemasi
1:40 AM on January 21, 2011 

Du says...

salam uan fakir,,

tafakur adalah satu cara yang dianjurkan oleh baginda rasullulah,, sejajar dengan sabdanya,, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat adalah lebih baik daripada tujuh tahun amalan sunat.

tapi perlu diingat cara tafakur itu mestilah benar,, jikalau tidak ia boleh mendatangkan mudarat, sebaik-baiknya biarlah berguru kepada yang telah wasal. (sampai).

wasalam


Salam saudara berbanyak banyak terima kasih atas penjelasan tuan.


Dalam bab tafakur ini ..mintalah dilanjutkan tentang cara cara atau methodologinya.


Berdasarkan Hadith yang sdra sebutkan itu...nampaknya TAFAKUR merupakan Ibadah peringkat tinggi mengatasi ibadah yang lain. Malangnya dinegara kita ini para ulamak baik yang syarie mahupun yang sufi tidak banyak mengutarakannya .


Saya yakin jika ada yang dapat memberi ajaran dan latihan ..maka akan selesailah masalah minat umat Islam terhadap YOGA yang berpaksikan ajaran MAHARISHI YOGI.


Salam dan tq.

Reply Du
6:38 AM on January 20, 2011 

salam uan fakir,,


tafakur adalah satu cara yang dianjurkan oleh baginda rasullulah,, sejajar dengan sabdanya,, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat adalah lebih baik daripada tujuh tahun amalan sunat.


tapi perlu diingat cara tafakur itu mestilah benar,, jikalau tidak ia boleh mendatangkan mudarat, sebaik-baiknya biarlah berguru kepada yang telah wasal. (sampai).


wasalam



Reply alfakirabdillah algemasi
11:27 PM on January 18, 2011 

Salam dan tq sdra Du. Nampaknya memang berat sabagai manusia biasa sampai ketahap tiada ghair yg bermaksud SELAIn Allah.


Apa pandangan saudara tentang methodologi TAFAKUR saperti yang disarankan oleh dr Bagindo Muchtar, Abu Sangkan dan lain lain. Adakah cara bertafakur itu membantu dalam menghakiskan ghayrullah itu ? fakir

Reply Du
7:30 AM on January 18, 2011 

salam,,


pencarian makrifat perlukan keteguhan hati, kesabaran dan keikhlasan yang sangat tinggi,, mensucikan hati sehingga tiada lagi ghairullah,, setelah itulah nur akan terpancar di dalam hati,,


nur inilah yang akan membimbing salik kembali kepada penciptanya,,


wassalam.

Reply fakirabdillah
8:36 AM on January 16, 2011 

Salam dan tq sdra Du.........terimakasih atas ilmu yang tuan turunkan. Saya percaya ramai diantara kita semua memang sangat sangat berhajat untuk dapat MENGENAL dan jika boleh BERTEMU Allah semasa masih hidup didunia ini. Ramai yang berjalan BERPUSING - PUSING kerana tidak tahu akan CARA CARA atau AMAL AMAL yang perlu dilakukan untuk MAKRIFATULLAH.


Fakir sangat berharap Tuan Du dapat meneruskan penjelasan dan membantu kami dalam perkara MAKRIFATULLAH ini. Salam Takzim dan sekali lagi berbanyak terima kasih.

Reply Du
6:48 AM on January 14, 2011 

quote:

"Pada fakir maksud sebenar ialah Allah itu SANGAT SUCI dan AGUNG dan berSifat MAHA GHAIB atau GHAIBULGHUYUB. Tiada siapa yang boleh mengenaliNya."


komen:


izinkan saya memberi komen sedikit, tuan fakir yang mulia,,

Hurian yang tuan berikan di atas adalah benar bagi Dzat Mutlak,, kerana tidak siapa yang mengetahui Dzat itu  kerana ia bersifat ghaibul ghaib,,


walaubagaimanapun,, allah itu boleh dikenali (kerana ia amat terang dan nyata) tetapi tidak dapat diperkenalkan,, hanya allah  yang dapat memperkenalkan dirinya kepada dirinya,,


sejajar dengan sabda rasullulah,, "aku mengenal tuhanku dengan tuhanku".


bermohonlah kepada Nya supaya beliau sudi memperkenalkan,, dirinya kepada dirinya,,


wassalam




alfakirabdillah algemasi says...

 

Salam Bapak Parjo murano dan terimakasih. kalau tidak silap kalimah kalimah itu bermaksud ..tiada satu benda pun yang menyerupai Allah dan Allah tidak boleh diserupai dengan apa objek atau benda sekalipun. Pada fakir maksud sebenar ialah Allah itu SANGAT SUCI dan AGUNG dan berSifat MAHA GHAIB atau GHAIBULGHUYUB. Tiada siapa yang boleh mengenaliNya. Pendapat dan apa yang saya faham pak . maaf kalau silap. Salam dari fakir dan tq kerana sudi mengunjungi fakir dan lewat beri balasan mhn maaf.

Reply fakirabdillah
10:25 PM on January 13, 2011 

Duberkata...salam,,

 


tuan fakir yang mulia saya ucapkan berbanyak terimakasih kerana sudi menjawab pertanyaan yang dikemukan,, yang saya kirasoalan dari pencari jawapan yang ikhlas,,

 


benarkan saya cuba menjawab serba sedikit,, dari perspektif yang berbeza pula,,

 

semoga jawapan ini diberkatiNya,,

 


saya menjawab secara global saja tidak terperinci,, tetapi cuba menghuraikan masalah pokok,,

 

banyakorang keliru,, mereka menyangka segala pilihan adalah daripada allah,,tapi yang sebenarnya segala perbuatan adalah perbuatan allah,,

 


terdapat banyak perbezaan antara pilihan dan dan perbuatan,, perbuatan ituadalah perbuatan allah,, tetapi pilihan itu adalah pilihan hambasendiri setelah diperkenankan allah,,

 


allah memberi kuasa kepadahambanya untuk memilih,, setelah hamba memilih maka allahlah yangmelaksanakan pilihan hamba itu,, kerana hamba itu la haula wa quwatailla billah.

 

ini bersesuaian dengan al quran dan hadis,, surgadan neraka itu memang wujud,, jika ada manusia menyatakan surga danneraka itu tidak wujud,, maka sudah pasti pendapat itu tidakbersesuaian dengan al qurqn dan hadis,, maka haruslah ia ditolak,,

 


itulahsebabnya allah mengirimkan rasul,, al-quran dan hadis,, sebagai pedomankepada umat manusia agar memilih yang diredai allah,, sesuatu yangtidak diredai allah,, maka nerakalah balasannya,,

 

allah ituadil,, ia mengutus rasul untuk memberi penerangan dan bimbingan,, danjika manusia engkar juga,, barulah bencana sebagai pengajaran akanditurunkan,,

 


tapi bagi mereka yang beriman kepada allah,, sudah pasti allah akan menyelamatkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam surga.

 


keranakuasa memilih yang diberikan allah kepada makhluk inilah,, maka allahmembiarkan pilihan iblis tidak mahu bersujud kepada nabi adam,, tapibalasannya ialah iblis dilaknat dan neraka untuk mereka,,

 

tapi bagi malaikat yang mematuhi perintah allah,, maka surga balasannya,, dan mereka mendapat pujian dari allah.

 


inilah contoh yang perlu difikirkan noleh manusia,,

 

dari al quran dan hadis kita dapat banyak pedoman untuk keselamatan di dunia dan akhiran,

 


wassalam.

 


Reply fakirabdillah
10:17 PM on January 13, 2011 

Salam para tetamu yang dihormati,

Saorang pembaca memberi pendapatnya berkaitan pertanyaan hamba allah mengenai syurga , neraka, dosa & pahala. Fakir mengucapkan berbanyak terimakasih kpd sdar Du. Ikuti pandangan beliau spt yg di C& P dibawah . Komen pembaca yang lain amatlah dialu-alukan

salam takzim dari sifakir.

Reply alfakirabdillah algemasi
1:52 PM on January 13, 2011 

Parjo murano says...

Salam Pak,

Tolong huraikan pengertian `Laisakamithishaiun' agar terang maksudnya. Mekasih pak Ye:)


Salam Bapak Parjo murano dan terimakasih. kalau tidak silap kalimah kalimah itu bermaksud ..tiada satu benda pun yang menyerupai Allah dan Allah tidak boleh diserupai dengan apa objek atau benda sekalipun. Pada fakir maksud sebenar ialah Allah itu SANGAT SUCI dan AGUNG dan berSifat MAHA GHAIB atau GHAIBULGHUYUB. Tiada siapa yang boleh mengenaliNya. Pendapat dan apa yang saya faham pak . maaf kalau silap. Salam dari fakir dan tq kerana sudi mengunjungi fakir dan lewat beri balasan mhn maaf.

Reply alfakirabdillah algemasi
1:42 PM on January 13, 2011 

Salam saudara pembaca & pengunjung lamanweb ini. Fakir mohon maaf kerana lama tak UPDATE laman ini kerana kebanyakan entri dimasukkan kelaman BLOGSPOT hhtp:///fakirabdillah.blogspot.com


Namun fakir bertekad apa juga entri dilamanblog tersebut akan dimasukkan juga kelaman webs ini mulai sekarang. Jelas sekali laman web ini mempunyai lebih ruang dan kemudahan utk kita bermuzakarah dan bertukar ilmu melalui ruangan GUESTBOOK dan laman muzakarah persoalan pembaca berbanding blogspot yang hanya ada kemudahan cbox dan ruangan komen


Terimakasih sekali lagi & salam takzim dari sifakir

Reply alfakirabdillah algemasi
1:33 PM on January 13, 2011 

Salam saudara Razi Salafi dan terima kasih atas pandangan tuan.


Nampaknya kita berbeda pendapat berkaitan Tasauf yang tuan rujuk sebagai SUFI dimana tuan berpendapat dan menegaskan bahawa IANYA bukanlah Ajaran Islam dan sama tarafnya dengan Nasrani dan Yahudi. ( kafir ? )


Namun perkara ini ( perbezaan pendapat ) antara golongan tasauf dan Feqah ( Salafi ? ) bukanlah perkara baru tetapi telah berabad lamanya kerana masing masing BERKEMBANG berlandaskan hujah ( masing masing ada hujah NAQLI & AQLINYA ) dan masing masing mempunyai ulamak yang berdiri tegas memperjuangkan hujah masing masing.


Pada pendapat saya perbezaan pendapat ini tidaklah menjadi MASALAH yang besar kerana dari segi mentafsir hukum pun kita ada 4 mazhab jika ditambah Wahabi dan golongan Syiah sudah menjadi 6 pula manakala sumber masing masing tetaplah Al-Quran dan Hadith termasuk juga Ijma' ulamak golongan golongan tersebut.


Namun untuk memberi HUKUM benar, salah , sesat , kafir, Nasrani dan Yahudi elok sangatlah kita biarkan Allah yang menentukannya kerana perbezaan ini pada saya juga merupakan Ketentuan & Kehendak Allah jua sapertimana Allah jualah yang mengwujudkan apa yang saudara kata Nasrani & Yahudi itu. Allahlah Yang Membimbing ( HADI ) dan Allah jualah Yang Menyesatkan ( MUDHIL )


Tidak ada masalah bagi Allah untuk menghapus dan memusnah apa yang kita sebagai hambanya anggap salah atau sesat sapertimana tiada sebarang masalah bagi Allah Yang Maha Berkuasa menghapuskan kesemua musuh musuh RasulNya. Maha Suci Allah dari bersifat demikian.


Perlu juga kita fikirkan bahawa yang dirujuk oleh Allah sebagai IBLIS itu berasal dari golongan MALAIKAT. Allah jualah yang MENUKARnya menjadi IBLIS untuk menguji kita manusia keturunan ADAM dimuka bumi ini.


Sekali lagi terima kasih kerana menjadi tetamu dilamanblog yang kerdil ini dan sudi memberi komen serta pendapat yang juga merupakan ILMU ( bagi saya ).


Salam takzim.....


sifakir.

Reply alfakirabdillah algemasi
1:13 PM on January 13, 2011 

Razi Salafi says...

Salam tuan,

Saya tertarik dengan moto laman web tuan, "Mestilah berILMU sebelum bertani". Hukum yang sama juga berpakai juga pada agama ALLAH SWT yang sempurna (al-maidah, ayat 3) iaitu ISLAM. Saya harap tuan faham maksud/istilah perkataan [SEMPURNA], iaitu suatu AGAMA yang sudah lengkap MESTI ada rujukan/hujjah/dalil berlandaskan AL-QURAN dan HADIS yang sahih dan bukan PENDAPAT, HAWA NAFSU dan AKAL-MANUSIA.

Buat pengetahuan tuan, SUFI adalah bukan ajaran ISLAM. Jika seseorang itu mati dalam aqidah sufi adalah tidak beza matinya org nasrani, yahudi, majusi.

Hayati ilmu dan fakta yang sahih drpd kajian laman web link dibawah:

http://vimeo.com/groups/46435/videos/14128880

http://an-nawawi.blogspot.com

http://imamsyafie.com

Mudah-mudahan tuan diberi petunjuk oleh ALLAH swt.

Reply Razi Salafi
3:25 AM on January 13, 2011 

Salam tuan,


Saya tertarik dengan moto laman web tuan, "Mestilah berILMU sebelum bertani". Hukum yang sama juga berpakai juga pada agama ALLAH SWT yang sempurna (al-maidah, ayat 3) iaitu ISLAM. Saya harap tuan faham maksud/istilah perkataan [SEMPURNA], iaitu suatu AGAMA yang sudah lengkap MESTI ada rujukan/hujjah/dalil berlandaskan AL-QURAN dan HADIS yang sahih dan bukan PENDAPAT, HAWA NAFSU dan AKAL-MANUSIA.


Buat pengetahuan tuan, SUFI adalah bukan ajaran ISLAM. Jika seseorang itu mati dalam aqidah sufi adalah tidak beza matinya org nasrani, yahudi, majusi.


Hayati ilmu dan fakta yang sahih drpd kajian laman web link dibawah:


http://vimeo.com/groups/46435/videos/14128880


http://an-nawawi.blogspot.com


http://imamsyafie.com


Mudah-mudahan tuan diberi petunjuk oleh ALLAH swt.





Reply Parjo murano
12:19 PM on July 28, 2010 

Salam Pak,

Tolong huraikan pengertian `Laisakamithishaiun' agar terang maksudnya. Mekasih pak Ye:)

Reply alfakirabdillah algemasi
1:19 AM on May 9, 2010 

Mari kita muzakarah ....dalam cuba memahami perumpamaan Allah : Surah An-Nur Ayat 35


Untuk asas perbincangan sila rujuk entri saya dalam laman web ini : http://fakirabdillah.webs.com


Pendapat & komen sdra amat dihargai. Salam

Reply alfakirabdillah algemasi
4:22 AM on April 19, 2010 

Salam kepada saudara pembaca :-


Sila juga layari blog saya @ http://gemasindah.blogspot.com

http://fakirabdillah.blogspot.com juga http://omargemas.blogspot.com dan http://layarmerah.blogspot.com

Bagi yang meminati pertanian sila layari http://gemstani.blogspot.com


Sila juga beri pandangan / komen & pendapat mengenai tajuk forum ...Kenapa hal Awaluddin makrifatullah tidak dimasukkan dalam RUKUN ISLAM YG LIMA ITU ?